English | Bahasa Melayu
 
 
 
Bangunan Institut Latihan
Kemudahan Institut Latihan
Peraturan Institut Latihan
Senarai Harga
Laporan Tahunan
Buletin & Berita
Pamplet
 
  BANGUNAN INSTITUT LATIHAN  
 

Bangunan Institut Latihan MAKPEM telah dirasmikan oleh Y.B. Dato' Dr. Hajah Siti Zaharah binti Sulaiman, Menteri Perpaduan Negara dan Pembangunan Masyarakat Malaysia pada 28hb. Jun, 2001 bersamaan 6hb. Rabiulakhir 1422.

Pada 2hb. September, 1993 Kementerian telah memohon sekeping tanah kerajaan seluas 5 ekar di Seksyen 85A, Bandar Baru Sentul, Kuala Lumpur kepada Pentadbir Tanah Wilayah Persekutuan, Kuala Lumpur untuk dijadikan tapak bagi pembinaan Institut Latihan. Hasil daripada permohonan ini, Jawatankuasa Tanah, Wilayah Persekutuan di mesyuaratnya pada 11hb. Disember, 1993 telah bersetuju meluluskan pemberimilikan tanah kerajaan tersebut dan didaftarkan atas nama Pesuruhjaya Tanah Persekutuan. Majlis telah diberi kebenaran untuk menggunakan dan membina bangunan di atas tanah yang telah diluluskan dan menjadi pelaksana projek ini. Kementerian telah melantik Arkitek H. K. Bee sebagai Konsultan Projek.

Projek pembinaan yang bermula pada bulan November 1997 telah siap dibina pada akhir bulan Disember 1998. Semasa bangunan ini sedang dibina beberapa pindaan telah dibuat bagi mematuhi ketetapan pihak berkuasa terutama Dewan Bandaraya. Setelah siap jumlah kos keseluruhan termasuk yuran konsultan, perabot dan alat-alat kelengkapan ialah RM 4,568,311.47.

Projek

Projek Institut Latihan mula dirancang setelah YB. Menteri Perpaduan Negara dan Pembangunan Masyarakat membuat keputusan pada 16hb. Julai, 1992 memberi tanggungjawab kepada Majlis ini untuk :-

  1. Mengendalikan kursus latihan kepada pekerja sukarela.
  2. Mendirikan sebuah Institut Latihan bagi memenuhi keperluan pengendalian kursus.

Pelan Bangunan

Konsultan yang telah dilantik telah mengemukakan cadangan dan konsep lukisan bagi projek ini. Ianya mengandungi :-

  1. Satu blok utama tiga tingkat untuk Institut Latihan dan
  2. Dewan Serbaguna untuk digunakan sebagai pusat aktiviti.

Berpandukan kepada peruntukan yang ada, blok utama didirikan dahulu.

Blok utama 3 tingkat ini mengandungi kemudahan seperti berikut :-

Tingkat Bawah - Bilik Pameran
- Bilik Rekreasi
- Bilik Pusat Sumber
- Dewan Makan
- Surau untuk Lelaki dan Perempuan
- Tandas untuk Orang Biasa dan Orang Kurang Upaya
Tingkat Satu - Ruang Pejabat Pentadbiran
- Bilik Mesyuarat
- Bilik Kuliah 1, 2 & 3
- Kuarters untuk Warden
- Tandas untuk Orang Biasa dan Orang Kurang Upaya
Tingkat Dua - Bilik Asrama – 2 Orang Satu Bilik Lengkap dengan Bilik Air (Biasa dan Khas)
(16 untuk Lelaki / 16 untuk Perempuan )
Tingkat Tiga Setor

Bangunan ini di dilengkapi dengan kemudahan untuk orang-orang kurang upaya (disabled friendly) seperti :-

  1. Ramp dari tingkat bawah hingga tingkat 3.
  2. Lift yang di lengkapi dengan suara (voice synthesizer) dan tulisan braille di sebelah nombor tingkat.
  3. Bilik air yang di reka khas untuk kemudahan orang kurang upaya (cacat anggota), dan
  4. Railing untuk cacat penglihatan.

Sumber Kewangan

Bagi menampung kekurangan peruntukan yang asal sebanyak RM 2.5 juta, pihak Majlis dengan kerjasama Kementerian Perpaduan Negara dan pembangunan Masyarakat telah berjaya mendapat sumbangan / bantuan dari yang berikut : -

Kerajaan Negeri Kedah RM 33,000.00
Yayasan Pembangunan Iktisas Islam Malaysia RM 500,000.00
ICU Jabatan Perdana Menteri RM 2,000,000.00
=============

JUMLAH

RM 2,533,000.00
=============

Alat Kelengkapan

Bagi menjimatkan perbelanjaan, perabot untuk semua Bilik Asrama, Kuaters untuk Warden dan Dewan Makan di beli dengan harga istimewa dari Sukom ‘98. Lain-lain perabot dan alat kelengkapan di tempah mengikut keperluan.

 

 

 

© Copyright National Council of Welfare and Social Development Malaysia (NCWSDM) 2010. All rights reserved.
Site by GCS