| |
Peraturan dan Arahan yang perlu dipatuhi semasa mengikuti Kursus /Seminar/B engkel di Institut Latihan MAKPEM
- Peserta tidak dibenarkan memakai seluar pendek atas lutut dan kemeja-T tidak berlengan dan mestilah sentiasa berpakaian sopan semasa berada didalam kawasan Institut ini.
- Peserta tidak dibenarkan membuat bising yang boleh mengganggu urusan Pejabat Pentadbiran dan lain-lain pihak yang berada di Institut ini.
- Peserta tidak dibenarkan menyidai/menggantung pakaian di luar tingkap Bilik Asrama.
- Peserta tidak dibenarkan meletak kenderaan ditempat letak kereta Pegawai dan kakitangan dibahagian hadapan Institut. Tempat letak kereta pelawat terdapat dibelakang Institut dan berhampiran dengan Pondok Pengawal.
- Peserta tidak dibenarkan membawa masuk sebarang peralatan elekronik kedalam Institut ini dan tidak boleh membawa keluar apa-apa barang kepunyaan Institut ini tanpa kebenaran.
- Peserta tidak dibenarkan merokok atau membawa makanan di dalam Bilik Asrama.
- Peserta tidak dibenarkan menggunakan telefon Pejabat Urusetia didalam apa-apa urusan. Telefon awam boleh didapati di Tingkat Bawah dan Tingkat 2 Institut ini.
- Peserta tidak dibenarkan membuat sebarang perniagaan atau perundingan perniagaan dengan orang luar didalam kawasan Institut ini.
- Peserta tidak dibenarkan membawa keluarga, suami/isteri/anak atau lain-lain orang yang tidak berkaitan untuk tinggal bersama sepanjang tempoh Kursus/Seminar/Bengkel.
- Bagi peserta suami isteri, jika ada, mereka akan ditempatkan di Bilik Asrama yang berasingan dan bukan di bilik yang sama.
- Peserta perempuan tidak dibenarkan berada di Bilik Asrama peserta lelaki pada bila-bila masa dan begitu juga sebaliknya.
- Segala bentuk perjumpaan/perbincangan dengan keluarga hendaklah diadakan dalam Bilik Rekreasi di Tingkat Bawah.
- Keluarga peserta tidak dibenarkan berada di Dewan Makan semasa peserta-peserta Kursus sedang makan.
- Peserta tidak dibenarkan keluar/masuk atau menerima keluarga/tetamu selepas pukul 10.00 malam.
- Peserta hendaklah berada didalam Bilik Asrama selewat-lewatnya pukul 11.00 malam.
- Pegawai-Pegawai Majlis pada bila-bila masa boleh membuat pemeriksaan dari Bilik ke Bilik.
- Peserta hendaklah memastikan supaya letrik dan air digunakan dengan jimat tanpa membazir.
- Peserta hendaklah mendaftar keluar pada hari akhir Kursus dengan menandatangani senarai daftar dan memasukkan kunci bilik didalam kotak kunci di Kaunter Pendaftaran di Tingkat 1, selewat-lewatnya pukul 9.00 malam. (Kunci hilang akan dikenakan bayaran RM5.00 setiap satu).
Hanya peserta yang menghadapi masalah tiket perjalanan balik akan dibenarkan tinggal untuk satu malam lagi tetapi makanan tidak akan disediakan. Walaubagaimanapun, mereka hendaklah mendapatkan kelulusan dari Pegawai Eksekutif/Pegawai Tadbir MAKPEM.
‘SILA PASTIKAN TINGKAP, LAMPU, KIPAS, PENGHAWA DINGIN DAN AIR
DITUTUP TERLEBIH DAHULU SEBELUM MENINGGALKAN BILIK ASRAMA ATAU MANA-MANA BILIK YANG DIGUNAKAN'
| Sebarang aduan sila hubungi : |
Puan Rahimah binti Mohd. Shariff , Pegawai Tadbir, MAKPEM |
| No. Tel. |
03 – 4044 7640/41 / 012 – 3123593 |
Arahan : Pihak Pengurusan, MAKPEM
Cetak Salinan dalam MS Word: Dokumen
(Program tertentu: PDF) |
|