Sejak Majlis ini ditubuhkan pada 3hb. Februari, 1966 hingga Januari 1991 ianya telah berfungsi dengan tidak mempunyai kakitangan yang tetap dan segala urusan hariannya telah dikendalikan oleh Ketua Setiausaha Kehormatnya. Majlis ini berkongsi menumpang di Pejabat Majlis Pusat Kebajikan Semenanjung Malaysia di Jalan Syed Putra, Kuala Lumpur. Sungguhpun demikian Majlis ini telah bergerak dan dapat memainkan peranannya sebagai badan Penyelaras Kebangsaan bagi Pertubuhan Kebajikan Sukarela.
Menyedari hakikat bahawa sebuah Urusetia Tetap perlu ditubuhkan supaya ia dapat berjalan dengan lebih berkesan bagi memelihara tarafnya dan meluaskan skop dan kepakarannya di dalam bidang kebajikan masyarakat, Majlis ini dalam Mesyuarat Agung Tahunan pada 15hb. Disember, 1989 telah mengambil keputusan untuk memohon kepada Y.B. Menteri Kebajikan Masyarakat selaku Yang Di Pertua Majlis untuk mendapat bantuan kewangan dan ruang pejabat. Satu memorandum di atas keperluan menubuhkan sebuah Urusetia Tetap bagi Majlis telah disediakan dan dihantar kepada Y.B. Menteri pada 8hb. April, 1991. Hasil daripada tindakan ini satu ruang pejabat di tingkat pertama Bangunan Ehsan, Jalan Hang Lekiu, Kuala Lumpur telah diperuntukkan kepada Majlis. Bangunan Ehsan ialah bekas Pejabat Lembaga Loteri Kebajikan dan Masyarakat yang telah ditamatkan urusannya sejak tahun 1990.
Di samping itu, geran pelancaran sebanyak RM 80,000.00 untuk pentadbiran, pembelian peralatan dan pengubahsuaian pejabat juga telah diberi. Dengan kemudahan ini Urusetia Tetap Majlis telah di buka di pejabat barunya pada 1hb. Februari, 1992 dengan perlantikan seorang Setiausaha Kerja, seorang Kerani dan seorang Pembantu Pejabat.
Majlis telah mendapat perhatian seterusnya dari Kementerian Kebajikan Masyarakat apabila pada 16hb. Julai, 1992 di dalam satu mesyuarat di Kementerian, YB. Menteri membuat keputusan memberi tanggungjawab mengendalikan Kursus Latihan kepada pekerja sukarela kepada Majlis ini. Sehubuhngan dengan ini, Kementerian telah meluluskan satu peruntukan sebanyak RM 3 juta kepada Majlis yang dibahagikan kepada :-
| RM 500,000.00 |
- Pengendalian Kursus |
| RM 2,500,000.00 |
- Penubuhan sebuah Institut Latihan bagi memenuhi keperluan latihan |
|
|
Dengan pemberian peruntukan RM 500,000.00 Majlis telah menjalankan pelbagai jenis kursus latihan di negeri-negeri.
Dalam merancang kemudahan yang diperlukan dalam bangunan Institut Latihan ini, Majlis telah memperuntukkan satu ruang di tingkat pertama ini untuk Pejabat Urusetia. Sebaik sahaja bangunan baru ini siap pemindahan pejabat Urusetia dari Bangunan Ehsan ke sini telah dilakukan pada 7hb. Mac, 1999.
Urusetia kini mempunyai 10 orang kakitangan yang terdiri daripada :-
Jawatan |
Bil. |
Ketua Pegawai Eksekutif |
1 |
Pegawai Eksekutif Latihan |
1 |
Pegawai Eksekutif Taska |
1 |
Pegawai Tadbir Kanan |
1 |
Pegawai Kerja Kira-kira |
1 |
Pegawai Tadbir Latihan |
1 |
Pembantu Pejabat |
1 |
Pekerja Am |
3 |
Jumlah |
10 |
|