Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh, Salam Sejahtera dan salam 1 Malaysia. Saya bersyukur ke Hadrat Allah S.W.T kerana dengan izin dan limpah kurniaNya dapat saya sampaikan kata-kata aluan dalam laman web yang telah diperbaharui ini selaras dengan dasar, strategi, perancangan dan program MAKPEM. Saya ingin mengucapkan Selamat tahun Baru kepada semua ahli gabungan MAKPEM dan berdoa agar ahli-ahli dapat mencapai kejayaan dan kecemerlangan pada tahun ini dan seterusnya mengucapkan Maulidur Rasul kepada ahli-ahli yang beragama Islam, dan Selamat Hari Thaipusam kepada masyarakat India.
MAKPEM pada sesi 2011 - 2014 telah menubuhkan sebanyak 8 jawatankuasa bagi tujuan memantapkan lagi pentadbiran dan pengurusan yang meliputi aspek-aspek perancangan strategik, kewangan, perpaduan dan pembangunan masyarakat. [selanjutnya]