No. 17, Jalan 1/48A, Bandar Baru Sentul, 51000 Kuala Lumpur, Malaysia.     Tel : 03-40447640/40447641     Fax: 03-40447705      Email: makpem@gmail.com
SELAMAT DATANG KE LAMAN WEB RASMI MAKPEM

 

YH. DATO' SETIA AMAR SEGARA
DATO' HAJI HALIM BIN HAJI IBRAHIM
Presiden MAKPEM

 

 

 

 

 

         Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh, Salam Sejahtera dan salam 1 Malaysia. Saya bersyukur ke Hadrat Allah S.W.T kerana dengan izin dan limpah kurniaNya dapat saya sampaikan kata-kata aluan dalam laman web yang telah diperbaharui ini yang memaparkan kesinambunagn aktiviti-aktiviti yang telah dapat dilaksanakan oleh MAKPEM sehinggi kini. Program dan aktiviti ini adalah hasil dari perancangan dan keputusan yang telah dibuat oleh beberapa Jawatankuasa yang telah ditubuhkan oleh MAKPEM, seperti Jawatankuasa Pengurusan Tertinggi MAKPEM, Jawatankuasa Latihan dan Penyelidikan dan Jawatankuasa Jalinan Antara Agensi, Publisiti dan Perhubungan Antarabangsa.

         Saya ingin mengucapkan tahniah kepada Jawatankuasa Protem Alumni ‘Care Givers’ dan semua ahli Jawatankuasanya yang telah berjaya menganjurkan Mesyuarat Agung pada 17.03.2012. Saya percaya penubuhan Alumni bekas penuntut Kursus ‘Professional Certificate for Care Givers’ anjuran bersama MAKPEM dan OUM ini akan dapat meneruskan pengalaman-pengalaman berharga dalam membantu pelbagai kategori kumpulan sasar seperti kanak-kanak, remaja, orang kurang upaya, keluarga, warga emas dan sebagainya. Penubuhan Alumni ini juga akan mewujudkan jalinan hubungan erat di antara ahli-ahli Alumni dengan OUM dan MAKPEM.

        Saya juga ingin mengambil kesempatan di sini untuk mengucapkan tahniah kepada semua 29 graduan Cohort IV kursus ‘Professional Certificate for Care Givers’ yang telah berjaya ditauliahkan dengan persijilan mereka di satu Convocation University pada 25.03.2012 . Tahniah diucapkan.

         MAKPEM kini sedang mengenalpasti calon-calon yang akan dipilih bagi pengajian Cohort VI yang dijangka akan bermula pada bulan Jun 2012. Calon-calon yang layak adalah dipelawa untuk menghubungi Bahagian Latihan MAKPEM. Kini MAKPEM sedang merancang untuk menganjurkan satu Seminar bertajuk ‘The Introduction of Social Protection Floor Initiatives’ pada 26.04.2012. Seminar ini akan melibatkan pakar-pakar dari International Labor Organization, Bangkok, International Council on Social Welfare dan penyertaan dari Agensi-Agensi Kerajaan, Pertubuhan Sukarela dan Swasta.


Selamat Maju Jaya'

Dato' Setia Amar Segara
Dato' Haji Halim bin Haji Ibrahim

 

Penafian : Pihak MAKPEM tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang kerosakan atau kehilangan semasa melayari ruang ini.
Paparan terbaik: 1024 x 768 menggunakan Mozilla Firefox versi 3.5 dan ke atas
Hakcipta Terpelihara 2012 Majlis Kebajikan dan Pembangunan Masyarakat Kebangsaan Malaysia (MAKPEM)

 

 

 

 

<