No. 17, Jalan 1/48A, Bandar Baru Sentul, 51000 Kuala Lumpur, Malaysia.     Tel : 03-40447640/40447641     Fax: 03-40447705      Email: makpem@gmail.com
SELAMAT DATANG KE LAMAN WEB RASMI MAKPEM

 

MATLAMAT
  • Berfungsi sebagai badan induk kepada semua pertubuhan kebajikan dan pembangunan masyarakat yang telah menjadi ahli di negara ini dan menjadi wakil utama kepada badan-badan tersebut di peringkat kebangsaan dan antarabangsa.
  • Membantu dan melengkapi (complement) usaha-usaha kerajaan dalam bidang kebajikan dan pembangunan masyarakat dan mengemukakan pandangan terhadap isu-isu sosial semasa untuk kebaikan umum.
  • Bekerjasama dengan ahli-ahlinya untuk mempertingkat dan memperkukuhkan aktiviti-aktiviti kebajikan dan pembangunan masyarakat bagi menangani masalah-masalah sosial semasa di negara ini.
  • Membantu meninggikan mutu kerja ahli-ahlinya bagi mencapai perkhidmatan yang berkualiti.
  • Berusaha melaksana projek pembangunan masyarakat dan menjalankan penyelidikan mengenai keperluan kebajikan dan pembangunan masyarakat dan masalah yang timbul.
  • Menyediakan media yang tetap untuk pertukaran maklumat dan penyebaran maklumat di kalangan agensi kebajikan masyarakat.
  • Berusaha untuk mendapatkan sumber kewangan yang secukupnya samada melalui sumbangan atau derma bagi melaksanakan segala program dan aktiviti dan menggalakkan serta menyokong ahli-ahli menganjur rancangan kutipan derma yang sah untuk membolehkan pergerakan yang lebih mantap. Segala kutipan derma dari orang awam perlu dengan kebenaran Pendaftar Pertubuhan terlebih dahulu.
  • Menganjur, melaksana apa-apa jua program dan aktiviti yang difikirkan sesuai dan manafaat untuk pembangunan Majlis Kebangsaan dan ahli-ahlinya.
  • Bergabung dengan badan-badan antarabangsa dan rantauan yang sah didaftar yang mempunyai matlamat yang sama.

 

 

 

 

Penafian : Pihak MAKPEM tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang kerosakan atau kehilangan semasa melayari ruang ini.
Paparan terbaik: 1024 x 768 menggunakan Mozilla Firefox versi 3.5 dan ke atas
Hakcipta Terpelihara 2012 Majlis Kebajikan dan Pembangunan Masyarakat Kebangsaan Malaysia (MAKPEM)